sabuah rasa seorang hamba....




SEBUAH RASA

SEORNG HAMBA









“ A
SSALAMUALAIKUM “
Salam ku berikan kepada teman-teman serumahku. “ Dari Rumah Bonda ? ” soal Aina. Aku hanya mengangguk. Ku letakkan kunci keretaku ke atas meja lalu duduk di sebelah teman baikku, Suri. “ Dah makan ?” soalan yang terpancul daripada mulut teman baikku ini sememang tidak asing bagiku. Suri begitu mengambil berat akan diriku. Aku menggeleng. Sememangnya perutku belum ku isi sejak pagi tadi. Entah mengapa semenjak arwah baba meninggal, tekakku tidak mahu menerima sebarang makanan. Aku melabuhkan kepalaku ke atas paha Suri. Lega rasanya dapat rebahkan badanku biarpun seketika. Seharian aku di Rumah Bonda. Penat lelah menjadi kebiasaan buat diriku. Saban hari aku akan ke sana. Membantu mereka yang tidak bernasib baik serta yang sudah tidak mempunyai orang tua untuk bergantung harap. Kerjaku yang tidak menentu membolehkan aku meluangkan masa bersama mereka. Alhamdulillah, sejak aku melibatkan diri di dalam kerja amal sebagini, rezekiku tidak pernah kurang biarpun tidak selalunya lebih.
       Menyedari jam sudah menunjukkan angka 11.00, aku segera bangun.      “ Apesal ?” Tanya Suri. Sekali lagi aku menggeleng. “ Dah lewat, nak solat,” ujarku lalu berlalu menuju ke bilikku yang berada di tingkat atas.


“ KENAPA ni Syeera ? Kalau kau ada masalah bagitau la. Mungkin we all boleh bantu.” Begitu lembut Suri menuturkan butir bicaranya. Mungkin mahu mengorek rahsiaku. Namun ku tahu, Suri ikhlas.
       “ Ha’ah la Syeera. Semalam kau macam tikus mondok kena belacan je, kenapa ? Ke kau gaduh dengan ehem ehem?” gilirn Ainun pula bersuara. Mimik mukanya yang sengaja dibuat-buat membuatkan kami tersengih. “ Uish kau ada pakwe ke Syeera ?” Tanya Sya. Gara-gara si Ainun, mereka semakin berani bertanya. Aku hanya membisu. Ku tunggu soalan yang seterusnya kerana aku tahu, masih banyak yang masih ingin soalkan. “ Pakwe tu satu hal, yang ku hantam macam tikus mondok kena belacan tu apesal? Muka sikit punya lawa kena tibai macam tu.” Aina menyampuk lalu disusuli hilaian tawa kami berlima. Aku tidak mengambil hati sedikit pun dengan gurauan mereka ini. Aku sudah masak dengan sikap mereka yang suka bergurau. Walaupun kadangkala gurauan mereka agak berisa namun sebenarnya itulah yang menjadi penawar kepada kegundahan hatiku yang kesunyian ini. Jenaka mereka kali ini ternyata berjaya mengurang sedikit bebanan masalah yang ku pikul ini.
       Atas dasar setia kawan, aku menceritakan segala peristiwa yang menimpaku sejak kematian baba. Segala rahsia yang ku sembunyikan daripada mereka selama ini ku bongkarkan satu per satu. Isi hatiku yang terpendam selama ini ku luahkan kepada mereka. Segala bebanan yang terkandung di hatiku semakin berkurangan. Air mata yang tidak henti-henti mengalir semakin menghilangkan sebak di hatiku serta turut meleraikan akar fikiranku yang sekian lama berserabut.
       Ternyata mereka begitu terkejut dengan apa yang aku khabarkan terutama sekali Suri. “ So sorry. I don’t know what can I do to help you,” ujar Suri. Dia menangis. Sya, Ainun dan Aina turut menangis. Aku hanya mengangguk tanda mengerti. Mereka sudi mendengar luahan hatiku ini pun sudah cukup memberiku kesedaran tentang erti sebuah persahabatan yang sebenar-benar serta berlandaskan keikhlasan. Biarpun mereka tidak dapat membantuku, namun mereka tidak putus-putus memberi nasihat, dorongan serta semangat kepadaku. Sesungguhnya mempunyai teman seperti mereka merupakan satu kebetulan yang memeruntungkan.













PAGI tadi aku menerima panggilan daripada ummi. Ummi memintaku untuk pulang dengan segera. Ini membuatkan ku serba salah. Aku benar-benar tidak bersedia untuk berjumpa dengan abang-abangku. Kata ummi aku diperlukan. Tapi jika benar mengapa tiada sebarang panggilan daripada abang-abang untukku? atau ummi sengaja gunakn alasan itu untuk mengumpankanku agar pulang.. helah ummi kah ini semua? Puas aku berfikir. Haruskah aku pulang? Bimbang nanti kepulanganku akan mengundang sesuatu yang tidak diingini terjadi. Lindungi hubungan kami Ya Tuhan !!
       Berbekalkan semangat yang beralaskan desakan ummi, aku memberanikan diri untuk menelefon abang sulungku, Hanief.
       “ Along ?” “ Ada apa? Along sibuk. Call saja Angah” begitu ringkas jawapannya. Bak kata orang, lebih mudah daripada makan kacang. Namun begitu, jawapannya yang sebegitu telah memberikanku keberanian serta alasan untukku menghubungi abangku yang kedua, Harris.
       Did ummi say anything ?” aku memulakan bicara. “ I’m busy. Kalau nak balik, balik ajelah. Nak bagitahu buat apa. Bukan ke tu rumah kita” gagang terus diletakkannya. “ Uuhhh…” keluhku. Aku bagaikan dipanah hililintar tatkala mendengar sindiran Angah terutamanya saat dia menekankan perkataan ‘ kita ‘. Mereka benar-benar melampau. Terusiknya hatiku dikala ini, Allah saja yang tahu. Aku sedar siapa aku. Namun tidak harus aku diperlakukan sebegini. Biarpun aku tidak punyai hak sebagai anak kandung ummi, aku juga berhak sebagai seorang yang berperasaan !


DENGAN hati yang berbelah bahagi, aku memulakan langkah untuk berangkat pulang ke rumah ummi. Aku memandu produa Myviku dengan penuh hati-hati. Rumah ummi sememangnya agak jauh dari rumah sewaku namun kegundahan hatiku yang tiada berkesudahan ini membuatkn aku berasa sangat dekat. Rasa hatiku untuk tidak mahu bersua muka dengan abang-abangku meronta hebat. Sememangny kepulanganku ini tidak ku khabarkan kepada sesiapa melainkan teman-teman serumahku. Bukan niat mahu memberikan kejutan, sekadar pulang untuk mengadu nasib kepada ummi yang sentiasa dirindui.

       Aku yang tidak ingin memberikan kejutan ternyata diberikan kejutan. Satu kebetulan yang tidak dapat ku elakkan. Mereka juga kelihatan agak terkejut dengan kemunculanku. Aku mengganggu, desus hatiku.
       “ Kejutan yang memeranjatkan !” pantas sekali panahan sindiran Along ke arahku. Kemudian disusuli dengan Angah, “ Surprise ”  bertambah sebak hatiku mendengarnya. Sungguh nyilu sekali !
       “ Kenapa tak call ummi cakap nak balik? ” ummi yang dari tadi membisu mula bersuara. Mungkin ummi juga terkejut dengan ‘ kajutan ‘ ini.
Sebak di hatiku sudah tidak mampu ku tahan. Mutiara jernih semakin galak berenang di kolam mataku. “ Maaf ummi, saya tak tahu yang Along, Angah dan Acik dah balik ” hanya itu yang mampu ku lafazkan. Ku kuatkan hati yang semakin dicengkam gundah. Tidak ku mahu manitiskan air mata di hadapan ummi. Laungan ‘ ALLAH ‘ semakin kuat bergema di terowong sunyi hatiku.

MEMANDNGKAN kami empat beradik sudah berkumpul, ummi memutuskan untuk mempercepatkan pembacaan wasiat arwah baba. Debaran hatiku semakin melonjak. Memang kehidupan yang lengkan dan selesa aku impikan untuk masa depanku namun tidak ku harap sedikitpun harta baba. Aku rindu untuk berkumpul bersama ahli keluargaku tapi bukan seperti ini.
Pembacaan wasiat yang hampir 2 jam akhirnya selesai. Namun tidak turut menyelesaikan kegundahan hatiku.
       “ Puas hati ? ” sapaan Angah mengejutkan aku. Aku yang terkedu kelu untuk bersuara. Bimbang tersilap bicara akan memakan diriku sendiri.
       “ Kami dah bincang hal ini. Syahirah akan jaga ummi lepas ni dn akan tinggal di sini ” mendatar sekali suara Along. Sekali lagi aku terkedu. Tidak pernah Along memanggil aku dengan nama penuhku. Marah benar Along barangkali. “ Tapi Along… ” “ Membantah? ” belum sempat aku menghabiskan kata-kataku, Angah menyampuk.

       “ Baba dan ummi tak pernah timbulkan persoalan wang selama membesarkan kamu. Tak cukup dengan tu, harta peniggalan baba pun masih ada buat kamu. Kami tak minta lebih. Kami tk mint bahagian kamu. Kami tak nak makan harta anak yatim. Yang kami mahu, kamu balas jasa ummi ”
       I know who really I am. Saya tak minta ini semua dan untuk pengtahuan Along, saya tak pernah berharap pun. Kalau ditakdirkan baba meninggal tanpa meninggalkan apa-apa untuk saya, saya redha. Saya sayangkan baba dan ummi ikhlas, bukan kerana harta ” sepenuh hati aku menerangkan kepada abang-abangku. Harapanku agar mereka mengerti.
       “ Baguslah ! Along rasa tak jadi masalah kepada kamu untuk memikul tanggungjawab ini. Along tahu kamu terlalu sibuk dengan kerja amal kamu di Rumah Bonda. Sanggup kamu abaikan ummi yang banyak berjasa kepada kamu semata-mata mereka di luar sana? ” kata-kata Along benar-benar menikam sanubariku. Ummi memang segalanya bagi diriku. Tapi bagaimana dengan karierku? Aku baru saja melonjak naik di persada seni ini. Mengapa ada saja halangannya? Mengapa terlalu sukar untuk ku gapai impianku?
       “ Bukan kami nak susahkan kamu tapi itulah hakikatnya, kamu dah banyak susahkan kami.. dan kamu harus tahu itu. Belasan tahun kami hidup di dalam pembohongan. Saat-saat baba meninggal barulah kebenaran yang selama ini tersembunyi terbongkar. Aku tak sangka anak yang selama ini dimanjakan keluarga ini senarnya anak pungut ! ”
Laungan Angah yang agak lantang itu telah mengejutkan ummi serta-merta. “ Apalagi ni Angah? Jangan diusik adik kamu tu ! ” “ Adik?? ” Acik mulai bersuara.
       “ Apalagi, apa ummi? Kenapa ummi asyik nak menangkan budak ni terus? Tak cukup lagi ke selama ini ummi dan baba tipu kami? Kami bukan anak kecil lagi, ummi. Kami takkan biarkan hak kami dirampas oleh nak pungut ni ! ”       “ Harris ! ” begitu kuat ummi menengking Angah. Ku lihat ummi mengurut-urut dadanya. Dahinya yang berkerut menahan kesakitan mula dibasahi peluh.
       “ Ummi ! ” hanya itu yang terpancul daripada mulutku. Lantas aku menerpa ke arah ummi yang sudah terduduk dengan sendirinya.
       “ Syahirah tak salah. Memang Syeera bukan anak kandung ummi tapi itu tak bermakna anak-anak kandung ummi boleh hina Syeera sesuka hati. Tolong hormati wasiat arwah baba ” dalam kepayahan ummi bersuara. Sayu sekali hatiku. Tidak mampu lagi ku bersuara setelah mendengar ummi menyebelahiku. Bukan niat membangga diri, sekadar mempamerkan terima kasih kerana memahamiku sebagai ‘anak pungut’.
       “ Ummi, sudahlah ” ujarku sambil mengusap-usap dada ummi. “ Sekalipun kalian bertiga bencikan saya, tolong hormati ummi ” pintaku dengan rendah diri. Mereka mendiamkan diri. Acik terduduk tatkala ummi memberinya isyarat agar memeluk ummi. Tiba-tiba sja aku seperti dapat rasakan sesuatu. Sesuatu yang cukup asing bagiku.
       “ Ummi, jangan tinggalkan Syeera. Syeera dah tak ada sesiapa lagi ! ” laju sekali aku menuturkan bicara. Entah kenapa aku rasakan seolah-olah ini kali terakhir aku dapat menatap wajah kasih ummi. Air mataku semakin bertali arus. Lebih deras daripada air di kali barangkali.

Along dan Angah mendekati ummi. Tangan ummi yang semakin lemah ditariknya.
       “ Ampunkan Along, ummi. Along tak berniat nak buat ummi sedih ” dalam sebak dia bersuara. Diciumnya tangan ummi berkali-kali.
       “ Kami kecewa dengan baba ” luahan Angah benar-benar meruntun kalbuku. Gara-gara aku semuanya jadi berantakan seperti ini.
Ummi hanya tersenyum dalam menahan kesakitan yang ditanggung. Air matanya yang tidak putus-putus mengalir ku seka perlahan-lahan dengan penuh kasih sayang. Ingin sekali aku memegang dan mencium tangan ummi untuk memohon keampunan namun tidak tergamak untuk ku leraikan genggaman tangan tiga beranak ini.
       “ Along.. Angah.. Acik..” “ Ya ummi..” pantas sekali mereka menjawab. Aku sendiri pun tidak sabar untuk mendengar apa yang bakal ummi perkatakan nanti. “ Adik..?” luluh hatiku tatkala mendengar panggilan itu. Ku sambut huluran lemah tangan ummi dengan seribu pengharapan. Kesakitan yang ditanggung ummi seakan menular ke dalam tubuhku. Tersedu-sedan ku menahan sebak yang semakin menikam jiwa. Ummi menyentuh lembut pipiku yang semakin dibasahi air mata.
       “ Jadikan ikatan kasih antara kalian sebagai selimut dilena ummi yang panjang ! “ bergetar seluruh tubuhku tatkala mendengarnya. Kami masing-masing terpaku apabila kata-kata ummi itu disusuli dengan jatuhnya tangan ummi ke atas pahaku. Ummi !
“ Ummi !!! ”Along, Angah, Acik masing-masing memggil insan yang mereka kasihi ini.
       “ Jangan tinggalkan Acik, ummi ! ”
       “ Ampunkan Along, ummi ! ”
       “ Angah sayang ummi ! ”
       “ Ummi ! ” hanya itu yang mampu ku suarakan.
Tiada kata yang terluah menggambarkan kesedihan hati ini. Segalanya telah berakhir. Ku kehilangan insan yang teramat ku kasihi dan sanjungi. Insan yang telah ku anggap seperti darah dagingku biarpun pada hakikatnya, aku bukan sesiapa bagi mereka di sini. Ummi adalah sebab utama aku terus bertahan. Ummi sumber inspirasiku. Ummi ilham bagiku. Ummi lah hidupku. Tidak ku sangka, hatiku terluka tatkala impianku baru terbina.


HASIL NUKILAN :
ADIKARYA_INTANKESEPIAN


Tiada ulasan:

Catat Ulasan