ceramah daripada Ustaz Iqbal

*      Make sure nawaitu lillahita’ala atas setiap apa yg kita kerjakan. Every second ingat Allah. In sha Allah Dia akan sentiasa indungi kita n kita kan semakin diberkati.
*      Ingatlah Allah, tidak rugi sedikitpun… setiap apa yg kita kerjakan, jika di niatkan kerana Allah taala, in sha Allah semuanya akan berbalas .
*      Tuntutlah ilmu biarpun sekejap. Kerna 1 jam menuntut ilmu adalah lebih baik dpd 1000 rakaat solat sunat. Allahuakbar! Alhamdulillah! Begitu besar n indahnya ‘ halawatul iman ‘ dpd-Nya. Sehinggakan Imam An Nawawi termasuk dalam golongan ulamak yg tidak berkahwin kerna terlalu sygkan masa. Beliau habiskan sepanjang hayatnya dengan menuntut ilmu. Ada ke org mcm ni skrg ni???? Masyaa Allah
*      Syurga itu indah. Tiada apa yg dapat menandingi keindahan n kenikmatan syurga. Ada byk peringkat syurga. Luasnya Syurga terendah ialah 2000 thn perjalanan. Ats bwh depan blkg ( seumpamanya ) Allahu akbar.. betapa Allah Maha Kuasa ke atas segala sesuatu.. Syurga yg paling tinggi ialah syurga Firdausi. Syurga ini dihuni oleh mereka yg sentiasa mendekatkan diri dengan kitab suci kalamullah. Di syurga nanti, setiap lelaki akan ditemani olah 72 org isteri. Dan setiap isteri itu akan dilayan oleh 8000 bidadari. Bidadari cantik? Bagus? Sempurna? Iye… tapi muslimat n ahli syurga adalah 80,000 kali lebih cantik n bagus dpd bidadari di syurga. Kenapa?? Kerana muslimat bersolat, puasa… martabatnya lebih tinggi dpd bidadari. Subahanallah! Antara ciri-ciri bidadari ;  redha, tidak pernah kecewakan hati yg lain,cantik akhlaknya, sentiasa mencintai suami. Kata bidadari “ dimiliki diri ini oleh mereka2 yg sentiasa redha”. Redha dan bersabarla kerana semuanya akn dibalas Allah. Sabarla menanti nikmat syurga. Sesungguhnya nikmat syurga itu tiada terbanding!
*      sentiasa membaca al quran untuk hapuskan dosa. Hati kita akan makin tenang dengan menghayati tiap2 bait kalamullah. Bacalah al quran sehingga dapat didengari oleh telinga kita. Itu dapat elakkan dpd menjadi pekak apabila usia semakin lanjut. Dengan membaca al quran juga dapat mengelakkan dpd menjadi nyanyuk.

*      Jika ingin anak, ingin kaya, ingin duit… istighfar! Can u believe it?? Bercita-citalah untuk menjadi seorang yg kaya. Seorang yg kaya n dermawan. Cubalah membantu mereka yg kurang bernasib baik. Naikkanlah martabat islam dengan kekayaan kita. Hatta baginda Rasulullah sendiri berpesan, bercita2 lah tuk jadi kaya. Pernah terjadi pada zaman baginda, baginda ingin berdamai n melakukan dakwah kepada para raja n pembesar. Baginda menyuruh salah seorang sahabat untuk mengutuskan surat kepada raja rom. Tiada siapa yg sanggup! Berkali2 disuruh. Selepas 3x disuruh, nabi janjikan syurga buat sahabat yg sanggup. Muncullah seorang hamba yg berkulit putih, berjambang lebat n hitam. Tampan sekali. Dia amat fasih berbahasa rom. Dengan beraninya beliau menerima tawaran rasulullah… setibanya beliau di sana, raja rom yg melihat beliau bersama kuda yg amat gagah sama sekali tidak mempercayai bahawa beliau adalah org arab. Sebenarnya baginda nabi SAW sengaja mahu mempamerkan keperibadian yg sebegitu kpd raja rom. Agar mereka tahu, hebatnya islam, hebatnya org arab yg beragama islam. Lantaran itulah baginda nabi SAW mahu kita menaikkan martabat islam. Gunakanlah kekayaan kita dgn penuh ikhlas ke arah yg benar. Pasti Allah akan gantikan dengan yg lainnya yg jauh lebih baik berbanding dgn apa yg sedang kita miliki. 

dia kembali


Umi datang mai amik aku kat tempat keje… kaku seketika tatkala terpandang raut wajah insan yg aku sayangi sekian lama. Sebak dada menahan tangisan rindu.
Tapi aku buat slamber.. tak mahu ikutkan perasaan. Hasrat nak cium tangan umi terus aku matikan. Ya Allah debar di hati Engkau saja yg tahu. Sekian lama terpisah akhirnya Kau runtuhkan juga benteng pemisah antara kami. Jazakallah!

Umi bawak aku ke kedai mee camboo. Kedai yg pernah suatu masa dahulu mengukir kenangan aku bersama teman2. Terlalu byk yg ingin ku luahkan pada umi namun masa mematahkan semangatku. Lebih kurang pukul 1.15 kami beredar. Umi ajak aku pegy sekolah. Ikutkan aty mmg xmahu tapi aku pksakan kaki demi rasa rindu pada umi. Biarla kemanapun umi bwk aku asal aku boley bersama umi.
Pukul 2 lebih umi ajak aku balik. Umi kata nak hantar aku balik sebab umi ada plan nak pegy jalan2 dengan mizan n cik ( cikgu baru )…… sambil tu we all borak dengan cg jasmine. N mase ni la aku tau yg umi, mizan n cik nk pegy umah tc fara kat machang. Nak tgk baby tc fara. Tc fara bartu bersalin. Babyboy. Fawwaz namanya.
Umi call mizan Tanya ada kat mana. Sambil cakap ngan phone sambil reverse kereta. Durrmmmmmmm!!!!!!!!!!!
“ Uummiiiii breaaakkkk!! “
Aku dan umi turun. Rupanya umi terlanggar tiang court badminton !............... Ya Allah kemek kereta. Kesian umi.
1st time aku naik kereta umi, dah jadik bad story. Terdetik lam aty aku, mungkin ni akan jadi peristiwa yg akan kami ingat sampai bila2.
Dulu sebelum umi beli kereta ni ( mase we all rapat ), umi janji nk bwk aku jalan2. Tapi sygnya jnji tu terkubur tanpa nisan. Umi lupa pada janji dia dulu. But its ok, aku tak perlu bukak buku lama. Tapi ape2 pun “ thanks so much sbb kotakan janji umi dulu “
Kereta dah ok, cg jas yg tlg betukan. Just gunakan tangan hahaaa fleksible la katakan.. tapi walaupun dah kembali ke bentuk asal tapi kesan calar n retak tetap ada… ( just like my heart )
Tak lama lepas tu mizan sampai. Umi ajak aku pegy machang. Aku dah gelisah. Ya Allah… yg ni 1 hal. Aku tak tahu nak buat apa. Segan yg amat. Dah cik ikut sekali. Tapi lau aku tolak bermakna aku lepaskan 1 peluang keemasan tuk bersama umi.
Rindu aku pada umi masih belum habis so aku setuju tuk ikut mereka. Aku agak tak selesa sebab umi duduk kat depan dengan mizan. Cik plak duduk dgn aku kat blkg. Mereka mesra. Kemesraan mereka buat aku kaku n kelu. Mana tak nya, aku baru arini kenal cik, da kuar jln2. Haaiissshhhhh….. so aku buat tak tau je la..  just layan perasaan. Sambil2 main sms dengan sue n my dear.
Jalan jem. So kami ambil masa yg lama tuk sampai kat sana. Dalam pukul 4 lebih kami sampai. Debar hati nak melangkah naik ke rumah tc fara Allah saja yg tau. . tapi aku kuatkan aty.
Senang aty tgk baby fawwaz. Bahagianya mereka. Mungkin inilah saat2 manis yg abg mahu aku n dia lalui bersama. Inshaa Allah lau umur kami pnjg n lau Dia tetapkan jodoh kami.
Bila tc kongsikan pengalaman bersalin dengan kami, terdetik lam aty aku, ketakutan mmg tak dapat dielakkan disaat nak bersalin. Abg… abg patut tahu kerisauan seorang yg bakal bergelar ibu.
Kami makan bersama. Cg jas ceritakan tentang arwah anaknya yg baru meninggal 8 syawal yg lalu. Ya Allah sesungguhnya hambaMu tdk pernah sunyi dpd ujianMu..
Tepat jam 5.45 kami bertolak balik. Jalan jem lagi. Masa semakin cepat berlalu. Sedih di hati aku sembunyikan. Aku tak tau ape yg umi rasa. Hepy@sedih@tak rase pepe@... ( no more ans ) aarrrrggghhhhhh let it go durai!!!!!!

Aku tak boleh paksa umi tuk rindu aku. Mungkin syg n rindu umi pada aku tak sehebat rasa di hati aku tapi aku tak kisah. Yg penting umi tau yg aku tak pernah berhenti sygkan umi. Terlalu syg. Umi pernah berikan aku sinar suatu masa dulu. Walaupun tak siapa pun menyedari hakikat itu, termasuk umi sendiri tapi tak pernah sedikit pun rasa tergoyah. Semangat umi ada dalam diri aku. Terima kasih umi !!