Bila Malaikat Mencabut Nyawa
Baginda Rasullullah s.a.w. bersabda:
"Apabila telah sampai ajal seseorang itu maka akan masuklah satu kumpulan
malaikat ke dalam lubang-lubang kecil dalam badan dan kemudian mereka menarik
rohnya melalui kedua-dua telapak kakinya sehingga sampai kelutut. Setelah itu
datang pula sekumpulan malaikat yang lain masuk menarik roh dari lutut hingga
sampai ke perut dan kemudiannya mereka keluar. Datang lagi satu kumpulan
malaikat yang lain masuk dan menarik rohnya dari perut hingga sampai ke dada
dan kemudiannya mereka keluar. Dan akhir sekali datang lagi satu kumpulan
malaikat masuk dan menarik roh dari dadanya hingga sampai ke kerongkong dan
itulah yang dikatakan saat nazak orang itu."
Sambung Rasullullah s.a.w.. lagi: "Kalau
orang yang nazak itu orang yang beriman, maka malaikat Jibrail A.S. akan
menebarkan sayapnya yang disebelah kanan sehingga orang yang nazak itu dapat
melihat kedudukannya di syurga. Apabila orang yang beriman itu melihat syurga,
maka dia akan lupa kepada orang yang berada disekelilinginya. Ini adalah kerana
sangat rindunya pada syurga dan melihat terus pandangannya kepada sayap Jibrail
A.S."
Kalau orang yang nazak itu orang munafik, maka
Jibrail A.S. akan menebarkan sayap disebelah kiri. Maka orang yang nazak tu
dapat melihat kedudukannya di neraka dan dalam masa itu orang itu tidak lagi
melihat orang disekelilinginya. Ini adalah kerana terlalu takutnya apabila
melihat neraka yang akan menjadi tempat tinggalnya.
Dari sebuah hadis bahawa apabila Allah s.w.t.
menghendaki seorang mukmin itu dicabut nyawanya maka datanglah malaikat maut.
Apabila malaikat maut hendak mencabut roh orang mukmin itu dari arah mulut maka
keluarlah zikir dari mulut orang mukmin itu dengan berkata:
"Tidak ada jalan bagimu mencabut roh orang ini
melalui jalan ini kerana orang ini sentiasa menjadikan lidahnya berzikir kepada
Allah s.w.t." Setelah malaikat maut mendengar penjelasan itu, maka dia pun
kembali kepada Allah s.w.t. dan menjelaskan apa yang diucapkan oleh lidah orang
mukmin itu. Lalu Allah s.w.t. berfirman yang bermaksud: "Wahai malaikat
maut, kamu cabutlah ruhnya dari arah lain."
Sebaik saja malaikat maut mendapat perintah Allah
s.w.t. maka malaikat maut pun cuba mencabut roh orang mukmin dari arah tangan.
Tapi keluarlah sedekah dari arah tangan orang mukmin itu, keluarlah usapan
kepala anak-anak yatim dan keluar penulisan ilmu.
Maka berkata tangan: Tidak ada jalan bagimu untuk
mencabut roh orang mukmin dari arah ini, tangan ini telah mengeluarkan sedekah,
tangan ini mengusap kepala anak-anak yatim dan tangan ini menulis ilmu
pengetahuan."
Oleh kerana malaikat maut gagal untuk mencabut roh
orang mukmin dari arah tangan maka malaikat maut cuba pula dari arah kaki.
Malangnya malaikat maut juga gagal melakukan sebab kaki berkata:
"Tidak ada jalan bagimu dari arah ini kerana
kaki ini sentiasa berjalan berulang alik mengerjakan solat dengan berjemaah dan
kaki ini juga berjalan menghadiri majlis-majlis ilmu."
Apabila gagal malaikat maut, mencabut roh orang
mukmin dari arah kaki, maka malaikat maut cuba pula dari arah telinga. Sebaik
saja malaikat maut menghampiri telinga maka telinga pun berkata: "Tidak
ada jalan bagimu dari arah ini kerana telinga ini sentiasa mendengar bacaan
Al-Quran dan zikir."
Akhir sekali malaikat maut cuba mencabut orang
mukmin dari arah mata tetapi baru saja hendak menghampiri mata maka berkata
mata: "Tidak ada jalan bagimu dari arah ini sebab mata ini sentiasa
melihat beberapa mushaf dan kitab-kitab dan mata ini sentiasa menangis kerana
takutkan Allah."
Setelah gagal maka malaikat maut kembali kepada
Allah s.w.t. Kemudian Allah s.w.t. berfirman yang bermaksud: "Wahai
malaikatKu, tulis AsmaKu ditelapak tanganmu dan tunjukkan kepada roh orang yang
beriman itu." Sebaik saja mendapat perintah Allah s.w.t. maka malaikat
maut menghampiri roh orang itu dan menunjukkan Asma Allah s.w.t.
Sebaik saja melihat Asma Allah dan cintanya kepada
Allah S.W.T maka keluarlah roh tersebut dari arah mulut dengan tenang.
Abu Bakar R.A. telah ditanya tentang kemana roh pergi setelah ia keluar dari
jasad. Maka berkata Abu Bakar R.A: "Roh itu menuju ketujuh tempat:-
1. Roh para Nabi dan utusan menuju ke Syurga Adnin.
2. Roh para ulama menuju ke Syurga Firdaus.
3. Roh mereka yang berbahagia menuju ke Syurga Illiyyina.
4. Roh para shuhada berterbangan seperti burung di syurga mengikut kehendak
mereka.
5. Roh para mukmin yang berdosa akan tergantung di udara tidak di bumi dan
tidak di langit sampai hari kiamat.
6. Roh anak-anak orang yang beriman akan berada di gunung dari minyak misik.
7. Roh orang-orang kafir akan berada dalam neraka Sijjin, mereka diseksa
berserta jasadnya hingga sampai hari Kiamat."
Telah bersabda Rasullullah s.a.w.: Tiga kelompok
manusia yang akan dijabat tangannya oleh para malaikat pada hari mereka keluar
dari kuburnya:-
1. Orang-orang yang mati syahid.
2. Orang-orang yang mengerjakan solat malam dalam
bulan ramadhan.
3. Orang berpuasa di hari Arafah.
Tanda-Tanda Saat-Saat Kematian
“Bagaimana kamu kufur (ingkar) dengan Allah dan
adalah kamu itu mati maka kamu dihidupkan, kemudian kamu dimatikan kemudian kamu
dihidupkan kemudian kepada-Nya kamu dikembalikan” (Surah Al-Baqarah
: Ayat 28)
Adapun tanda-tanda kematian mengikut ulamak adalah benar dan ujud cuma amalan
dan ketakwaan kita sahaja yang akan dapat membezakan kepekaan kita kepada
tanda-tanda ini.
Rasulallah SAW diriwayatkan masih mampu memperlihat dan menceritakan kepada
keluarga dan sahabat secara lansung akan kesukaran menghadapi sakaratulmaut
dari awal hinggalah akhirnya hayat Baginda.
Imam Ghazali rahimahullah diriwayatkan memperolehi tanda-tanda ini sehinggakan
beliau mampu menyediakan dirinya untuk menghadapi sakaratulmaut secara
sendirian. Beliau menyediakan dirinya dengan segala persiapan termasuk
mandinya, wuduknya serta kafannya sekali cuma ketika sampai bahagian tubuh dan
kepala sahaja beliau telah memanggil abangnya iaitu Imam Ahmad Ibnu Hambal
untuk menyambung tugas tersebut. Beliau wafat ketika Imam Ahmad bersedia untuk
mengkafankan bahagian mukanya.
Adapun riwayat-riwayat ini memperlihatkan kepada kita sesungguhnya Allah s.w.t.
tidak pernah berlaku zalim kepada hambanya. Tanda-tanda yang diberikan adalah
untuk menjadikan kita umat Islam supaya dapat bertaubat dan bersedia dalam
perjalanan menghadap Allah s.w.t. Walaubagaimanapun semua tanda-tanda ini akan
berlaku kepada orang-orang Islam sahaja manakala orang-orang kafir iaitu orang
yang menyekutukan Allah nyawa mereka ini akan terus di rentap tanpa sebarang
peringatan sesuai dengan kekufuran mereka kepada Allah s.w.t.
Adapun tanda-tanda ini terbahagi kepada beberapa keadaan:
Tanda 100 hari sebelum hari mati.
Ini adalah tanda pertama dari Allah s.w.t. kepada hambanya dan hanya akan
disedari oleh mereka-mereka yang dikehendakinya. Walaubagaimanapun semua orang
Islam akan mendapat tanda ini cuma samada mereka sedar atau tidak sahaja. Tanda
ini akan berlaku lazimnya selepas waktu Asar. Seluruh
tubuh iaitu dari hujung rambut sehingga ke hujung kaki akan mengalami getaran
atau seakan-akan mengigil.
Contohnya seperti daging lembu yang baru disembelih dimana jika diperhatikan
dengan teliti kita akan mendapati daging tersebut seakan-akan bergetar. Tanda
ini rasanya lazat dan bagi mereka sedar dan berdetik di hati bahawa mungkin ini
adalah tanda mati maka getaran ini akan berhenti dan hilang setelah kita sedar
akan kehadiran tanda ini.
Bagi mereka yang tidak diberi kesedaran atau mereka yang hanyut dengan
kenikmatan tanpa memikirkan soal kematian, tanda ini akan lenyap begitu sahaja
tanpa sebarang munafaat. Bagi yang sedar dengan kehadiran tanda ini maka ini
adalah peluang terbaik untuk memunafaatkan masa yang ada untuk mempersiapkan
diri dengan amalan dan urusan yang akan dibawa atau ditinggalkan sesudah mati.
Tanda 40 hari sebelum hari mati
Tanda ini juga akan berlaku sesudah waktu Asar.
Bahagian pusat kita akan berdenyut-denyut. Pada ketika ini daun yang
tertulis nama kita akan gugur dari pokok yang letaknya di atas Arash Allah
s.w.t. Maka malaikatmaut akan mengambil daun tersebut dan mula membuat
persediaannya ke atas kita antaranya ialah ia akan mula mengikuti kita
sepanjang masa.
Akan terjadi malaikat maut ini akan memperlihatkan
wajahnya sekilas lalu dan jika ini terjadi, mereka yang terpilih ini akan
merasakan seakan-akan bingung seketika. Adapun malaikatmaut ini wujudnya
cuma seorang tetapi kuasanya untuk mencabut nyawa adalah bersamaan dengan
jumlah nyawa yang akan dicabutnya.
Tanda 7 hari
Adapun tanda ini akan diberikan hanya kepada mereka
yang diuji dengan musibah kesakitan di mana orang sakit yang tidak makan secara
tiba-tiba ianya berselera untuk makan.
Tanda 3 hari
Pada ketika ini akan terasa denyutan di bahagian tengah
dahi kita iaitu diantara dahi kanan dan kiri. Jika tanda ini dapat
dikesan maka berpuasalah kita selepas itu supaya perut kita tidak mengandungi
banyak najis dan ini akan memudahkan urusan orang yang akan memandikan kita
nanti.
Ketika ini juga mata hitam kita tidak akan bersinar
lagi dan bagi orang yang sakit hidungnya akan
perlahan-lahan jatuh dan ini dapat dikesan jika kita melihatnya dari
bahagian sisi. Telinganya akan layu dimana
bahagian hujungnya akan beransur-ansur masuk ke dalam. Telapak
kakinya yang terlunjur akan perlahan-lahan jatuh
ke depan dan sukar ditegakkan.
Tanda 1 hari
Akan berlaku sesudah waktu Asar di mana kita
akan merasakan satu denyutan di sebelah belakang iaitu
di kawasan ubun-ubun di mana ini menandakan kita tidak akan sempat untuk
menemui waktu Asar keesokan harinya.
Tanda Akhir
Akan berlaku keadaan di mana kita akan merasakan
satu keadaan sejuk di bahagian pusat dan ianya akan
turun ke pinggang dan seterusnya akan naik ke bahagian halkum. Ketika
ini hendaklah kita terus mengucap kalimah syahadah dan berdiam diri dan
menantikan kedatangan malaikatmaut untuk menjemput kita kembali kepada Allah
s.w.t. yang telah menghidupkan kita dan sekarang akan mematikan pula. Seelok-eloknya
bila sudah merasa tanda yang akhir sekali, mengucap dalam keadaan qiam and
jangan lagi bercakap-cakap.
Penutup
Sesungguhnya marilah kita bertaqwa dan berdoa kepada Allah s.w.t. semoga
kita adalah di antara orang-orang yang yang dipilih oleh Allah yang akan diberi
kesedaran untuk peka terhadap tanda-tanda mati ini semoga kita dapat membuat
persiapan terakhir dalam usaha memohon keampunan samada dari Allah s.w.t.
mahupun dari manusia sendiri dari segala dosa dan urusan hutang piutang kita.
Walau bagaimanapun sesuai dengan sifat Allah s.w.t. yang Maha Berkuasa lagi
Maha Pemurah lagi Maha Mengasihani, maka diriwatkan bahawa tarikh mati
seseorang manusia itu masih boleh diubah dengan amalan doa iaitu samada doa
dari kita sendiri ataupun doa dari orang lain. Namun ianya adalah ketentuan
Allah s.w.t. semata-mata.
Oleh itu marilah kita bersama-sama berusaha dan berdoa semoga kita diberi
hidayah dan petunjuk oleh Allah s.w.t. serta kelapangan masa dan kesihatan
tubuh badan dan juga fikiran dalam usaha kita untuk mencari keredhaan Allah
s.w.t. samada di dunia mahupun akhirat. Apa yang baik dan benar itu datangnya
dari Allah s.w.t. dan apa yang salah dan silap itu adalah dari kelemahan
manusia itu sendiri.
Sumber : Himpunan Kisah-kisah Teladan
----------------------------------------------------
Subject:- Tanda-Tanda Saat Kematian
100 hari : Seluruh badan rasa bergetar.Lazimnya selepas waktu asar
60 hari : Pusat rasa bergerak-gerak.
40 hari : Daun dengan nama orang yang akan mati di arash akan jatuh dan
malaikat maut pun datang kepada orang dengan nama tersebut lalu mendampinginya
sehingga saat kematiannya.Kadang-kadang orang yang akan mati itu akan merasa
atau nampak kehadiran malaikat maut tersebut dan akan sering kelihatan seperti
sedang rungsing.
7 hari : Mengidam makanan terutama bagi orang yang sakit
5 hari : Anak lidah bergerak-gerak.
3 hari : Bahagian tengah di dahi (antara dahi kanan dan dahi kiri)
bergerak-gerak.
2 hari : Seluruh dahi rasa bergerak-gerak.
1 hari : Terasa bahagian ubun bergerak-gerak di antara waktu subuh dan
asar.
Saat akhir : Terasa sejuk dari bahagian pusat hingga ke tulang solbi
dibahagian belakang badan.Seelok-eloknya bila sudah merasa tanda yang akhir
sekali, mengucap dalam keadaan
qiam dan jangan lagi bercakap-cakap.
--------------------------------
KISAH BERPISAHNYA ROH DARI JASAD
Dalam sebuah hadith daripada Aisyah r.a katanya,
"Aku sedang duduk bersila di dalam rumah. Tiba-tiba Rasulullah S.A.W
datang dan masuk sambil memberi salam kepadaku. Aku segera bangun kerana
menghormati dan memuliakannya sebagaimana kebiasaanku di waktu baginda masuk ke
dalam rumah. Nabi S.A.W bersabda, "Duduklah di tempat duduk, tidak usahlah
berdiri, wahai Ummul Mukminin." Maka Rasulullah S.A.W duduk sambil
meletakkan kepalanya di pangkuanku, lalu baginda berbaring dan tertidur.
Maka aku membilang uban pada janggutnya, dan aku
dapati 19 rambut yang sudah putih. Maka terfikirlah dalam hatiku dan aku
berkata, "Sesungguhnya baginda akan meninggalkan dunia ini sebelum aku
sehingga merataplah satu umat yang ditinggalkan oleh nabinya." Maka aku
menangis sehingga mengalir air mataku jatuh menitis pada wajah baginda.
Baginda terbangun dari tidurnya seraya bertanya,
"Apakah sebabnya sehingga engkau menangis wahai Ummul Mukminin?" Maka
aku ceritakan kisah tadi kepadanya, lalu Rasulullah S.A.W bertanya,
"Keadaan bagaimanakah yang hebat bagi mayat?" Kataku, "Tunjukkan
wahai Rasulullah!"
Rasulullah S.A.W berkata, "Engkaulah katakan!," Jawab Aisyah r.a :
"Tidak ada keadaan lebih hebat bagi mayat ketika keluarnya mayat dari
rumahnya di mana anak-anaknya sama-sama bersedih hati di belakangnya. Mereka
sama-sama berkata, "Aduhai ayah, aduhai ibu! Ayahnya pula mengatakan:
"Aduhai anak!"
Rasulullah S.A.W bertanya lagi: "Itu juga termasuk hebat. Maka, manakah lagi yang
lebih hebat daripada itu?" Jawab Aisyah r.a : "Tidak ada hal yang
lebih hebat daripada mayat ketika ia diletakkan ke dalam liang lahad dan
ditimbuni tanah ke atasnya. Kaum kerabat semuanya kembali. Begitu pula dengan
anak-anak dan para kekasihnya semuanya kembali, mereka menyerahkan kepada Allah
berserta dengan segala amal perbuatannya." Rasulullah S.A.W bertanya lagi,
"Adakah lagi yang lebih hebat daripada itu?" Jawab Aisyah,
"Hanya Allah dan Rasul-Nya sahaja yang lebih tahu."
Maka bersabda Rasulullah S.A.W : "Wahai
Aisyah, sesungguhnya sehebat-hebat keadaan mayat ialah ketika orang yang
memandikan masuk ke rumahnya untuk memandikannya. Maka keluarlah cincin di masa
remaja dari jari-jarinya dan ia melepaskan pakaian pengantin dari badannya.
Bagi para pemimpin dan fuqaha, sama melepaskan serban dari kepalanya untuk
dimandikan.
Di kala itu rohnya memanggil, ketika ia melihat
mayat dalam keadaan telanjang dengan suara yang seluruh makhluk mendengar
kecuali jin dan manusia yang tidak mendengar.
Maka berkata roh,
"Wahai orang yang memandikan, aku minta kepadamu kerana Allah, lepaskanlah
pakaianku dengan perlahan-lahan sebab di saat ini aku berehat dari kesakitan
sakaratul maut.
- " Dan apabila air disiram maka akan berkata mayat, "Wahai orang
yang memandikan akan roh Allah, janganlah engkau menyiram air dalam keadaan
yang panas dan janganlah pula dalam keadaan sejuk kerana tubuhku terbakar dari
sebab lepasnya roh,
- " Dan jika merea memandikan, maka berkata roh: "Demi Allah, wahai
orang yang memandikan, janganlah engkau gosok tubuhku dengan kuat sebab tubuhku
luka-luka dengan keluarnya roh."
- Apabila telah selesai dari dimandikan dan
diletakkan pada kafan serta tempat kedua telapaknya sudah diikat, maka mayat
memanggil, "Wahai orang yang memandikanku, janganlah engkau kuat-kuatkan
dalam mengafani kepalaku sehingga aku dapat melihat wajah anak-anakku dan kaum
keluargaku sebab ini adalah penglihatan terakhirku pada mereka. Adapun pada
hari ini aku dipisahkan dari mereka dan aku tidakakan dapat berjumpa lagi
sehingga hari kiamat."
- Apabila mayat dikeluarkan dari rumah, maka mayat
akan menyeru, "Demi Allah, wahai jemaahku, aku telah meninggalkan isteriku
menjadi janda, maka janganlah kamu menyakitinya. Anak-anakku telah menjadi
yatim, janganlah menyakiti mereka. Sesungguhnya pada hari ini aku akan
dikeluarkan dari rumahku dan meninggalkan segala yang ku cintai dan aku tidak
lagi akan kembali untuk selama-lamanya."
- Apabila mayat diletakkan ke dalam keranda, maka
berkata lagi mayat, "Demi Allah, wahai jemaahku, janganlah kamu
percepatkan aku sehingga aku mendengar suara ahliku, anak-anakku dan kaum
keluargaku. Sesungguhnya hari ini ialah hari perpisahanku dengan mereka
sehingga hari kiamat."
** Renung-renungkanlah wahai orang-orang yang berfikir. Sentiasalah muhasabah
diri, semoga kita sentiasa SEDAR DIRI